Saturday, July 9, 2011

.: pErtH eScapaDe - iN jOuRnaL :.


..5.1o am (29 julai 2o11); kali pertama menjejakkan kaki di PERTH INTERNATIONAL TERMINAL, WA..suatu pengalaman baru yg x mungkin dilupakan, its WINTER!!suhu tyme tu below 10 degrees..sejuk sangat, maklumla awok org kampong..x biasa sejuk2 ni.. =p sementara menantikn kedatangan my best frenz; Saddam aka Faris & his sis; Farah dtg menjemput; bertemankan 6 sahabat se-universiti/se-kolej tp laen2 course [zeety, mina, ezariq, mukhriz, hakim & umar]; kami megamati keindahan & merasai kedinginan pagi di negara orang..hee (‘_’)

kehadiran saddam, farah & rakan nyer aimi (thanks aimi sudi ambil ktorg pepagi buta kat airport) menjemput kami seakan menceriakan keadaan..hampir satu tahun tidak bersua muka bersama saddam, ternyata kelibatnyer didepan mata ku menggambarkan semuanyer apa yg sering kami bualkn dikala berborak dilaman sembang yahoo messenger mahupun facebook & twitter..ternyata susuk badan nyer kelihatan sedikit susut drp kebiasaan nyer ..


day1 ~

kepenatan selepas 5 setengah jam diudara, tidak sesekali mematahkan semangat kami untuk terus berlibur di kota Perth..perut yg hanya beralaskn roti bakar + orange juice sbgai breakfast, kaki yg sentiasa ingin melangkah untuk mengenali & mengamati budaya serta keindahan kota Perth; terus membawa kami bersiar2 di Perth City..dipandu arah oleh Saddam & Farah, kami turut ditemani Ira aka Igwhaa (coursemate saddam kt Murdoch University)..juga rakan se-university yg baru dikenali smsa di Perth, wlaupun bljr satu fakulti di UM..x penah btegur sapa..hehe, tp alhamdulilah negara org merapatkn perhubungn kita sesaudara, nice to meet you Ira.. =)


dgn menaiki bas/public transport yg tersangat la efisen + menepati masa, menjadikan perjalanan kami menyusuri kota Perth; timely in schedule..keindahan& kecantikan kota Perth terus diterokai, ratusan gambar di ‘snap’ tak kira apa jua lokasi; sbgai koleksi paling penting dlm percutian kami..

..bergambar dihadapan konsulat Malaysia di Perth..

dari suasana hinggar binggar kota, kami menuju ke lokasi ke-2 iaitu Kingspark…antara taman paling popular di Perth yg kedudukannye x jauh dari bandar Perth..tersangat cantik dgn hiasan landskap & kebersihan yg well maintained, tambahan pula terletak dikawasan tanah yg lebyh tinggi dri kota Perth; pemandangan Perth City yg tiada tolok banding nyer dpt dilihat dr lereng bukit Kingspark..kamera yg dibawa seolah tidak terhenti punat nyer ditekan, merakamkn keindahan serta detik2 indah sepanjang kami disana..

..berlatarbelakangkan Perth City..


seharian posing didepan kamera ternyata tidak dpt ditandingi bunyi keroncong perut masing2..hehe, mata mula memandang-mandang kearah kedai2 mkn & restaurant di kiri kanan jalan..tp adakah ianye HALAL??..dan alhamdulilah tak susah untuk mencari kedai makan halal di tgh2 kota Perth ni..kami dibawa untuk merasai makanan di sebuah restaurant Jepun iaitu, TAKA..mkanan nyer marvelous, dan sememangnyer susah nk cr kt m’sia..it cost about 7.50 AUD, nmpk mcm murah kalo x convert ke RM..tp berbaloi, kenyang yg teramat. =)

penerokaan kami tidak hanya sekadar mencuci mata dgn keindahan kota & taman yg ada di Perth; kami turut dibawa ke Harbour Town; a factory outlet mall..puluhan kedai yg masing2 beradu harga, bagi memastikan jualan mereka laris; dan tidak ketinggalan juga merasuk minda mereka2 yg melihat..sesetengah barang yg dijual disana ternyata lebyh murah, kalo nk dibandingkan dgn harga di Malaysia; so tak rugi kalo berbelanja sedikit ditempat org, asalkn apa yg dimiliki dpt dijadikan timeless collection.

day2~

tidak lengkap kehadiran kami ke Australia yg sememangnyer terkenal dgn haiwan yg menghuni negara mereka; iaitu kangaroo + beruang koala; jikalau tidak mengambil peluang mendekatkn diri dgn binatang2 popular ini..seawal 8.30 am, kami bertolak dr rumah menuju ke Carvesham Wildlife Park..perjalanan yg mengambil masa kurang satu jam seolah tidak terasa; ditenggelami keterujaan diri masing2 untuk melihat telatah binatang2 ini in real..

ladang anggur dikiri & kanan jalan menambahkan lagi keterujaan kami melihat keindahan negara orang..pokok2 yg ditanam secara terancang ini, seolah landskap semulajadi yg tersedia mencorak + menambahkn keindahan bumi Perth..


di separuh perjalanan, kami di berhentikan di Margaret River Chocolate Factory..ini antara popular spot bg tourist yg dtg ke WA; inform Saddam & Ira yg sudi meminjamkan kereta mereka untuk kami menerokai tempat2 popular + cantik di Perth ini..thanks a lot for both of u..wlpun chocolate senang untuk didapati di m’sia, ttp x rugi berbelanja di Margaret River Chocolate Factory..chocolate yg dihasilkn semua nyer best2, cuma pandai2 la pilih harga; baru hari ke-2..byk lagi perbelanjaan bakal dikeluarkan dihari mendatang.


akhirnyer sampai jua kami di Carvesham Wildlife Park, dgn dikenakan bayaran masuk 22 AUD..telatah kangaroo & kemalasan beruang koala dpt dilihat di depan mata sendiri..hujan yg turun seolah menyambut kedatangan kami di bumi Perth, dihiraukansemata-mata untuk menghabiskan masa di Caversham Wildlife Park sebaiknye..hehe

selepas hampir seharian di Caversham Wildlife Park, destinasi seterusnyer yg ditujui adalah Sorento Quay; sebuah kawasan tepi laut yg dibanjiri kapal2 layar mewah..seolah2 kita berada di Marina Bay kalo di M’sia; yg membezakan hanyalah cuacanyer yg sejuk & berangin..tujuan kami kesana untuk lunch+dinner, tp langkah kiri mengiringi kami..kedai yg dimaksudkan tutup krn cuaca yg tidak menentu dikawasan itu..


pulang dgn kehampaan, kami singgah di masjid berhampiran untuk menunaikan solat asar..alhamdulilah tidak sesukar mana untuk mencari masjid disana..rata2 orang Islam di sana masih teguh berpegang dgn ajaran yg dianuti; malahan orang2 MELAYU m’sia & s’pore serta warga Indonesia, yg sudah berstatuskn permanent resident (PR); masih setia menjadikan masjid tempat yg ditujui setiap kali masuk waktu solat..keindahan masjid disana tidak kurang hebatnyer kalo nk dibandingkn dgn masjid2 yg tersedia di m’sia.

day3 ~

kerana perbezaan minat & interest; kami berlainan hala tuju pd hari ke-3..mina, zeety, mukhriz, ezariq & umar membawa haluan untuk mengecapi keindahan Rottnest Island..manakala aku, hakim, saddam & ditemani dayang2; ira & farah, memilih untuk pusing2 kwsn sekeliling Bently dan pinggir bandar Perth..(btol x saddam??aku main tulis je ni..hehe)

kamiturut dibawa ke Curtin University, tempat Farah belajar..org2 tue kate, x dpt belajar kt sana; ambil bau pun jd la..hehe, then baru ktorg habiskan masa cuci mata kt 2 shopping mall area Perth iaitu Carosel & Bellmont Forum..xde la shopping sakan, sekadar satu dua barang untuk diri sndiri & svnr tok family..and yg paling best & tak tersangka-sangka; aku beli set pinggan mangkuk Corelle hadiah tok mummy..cantik!!wlpun dah lari bajet tok spend kt bnda laen..ianye sngt berbaloi-baloi!!lifetyme collection.. =)

thanks a lot to farah & ira sb sanggup melayan karenah aku shopping..tp window shopping jer yg byk!!haha =p saddam & hakim da biasa ngn gelagat aku bila shopping, so diorg tak heran sngt..hahaha, love sngt2 spend tyme ngn korg; and to be honest dats why nape aku tak nk ikot geng2 pegi Rottnest Island..sb main reason aku dtg Perth nk spend tyme ngn saddam, so tak adil kalo aku pg Rottnest Island & biarkan saddam, farah, ira lepak kt umah tunggu kta blik..sory guys!!

and di sebabkan kecuaian aku, tertinggal kertas pre-booking kereta kt rumah menyebabkan kereta yg ditempah tidak sempat untuk dituntut, krn seawall jam 6 ptg, AVIS syarikat tempat kami membuat tempahan kereta sewa sudah pun ttp..di Perth boleh dikatakan rata2 kedai2 mahupun syarikat mulai ttp seawal jam 5/6 ptg..dan ianya menyukarkan pergerakan kami disana..sory sesangat mina & yg laen2 krn kecuaian aku.. =(

day4 ~

pepagi lagi aku, mina, saddam & mukhriz ke Perth City sekali lagi untuk tuntut kereta sewa yg ktorg pre-book ngn AVIS..mungkin ada juga hikmah disebalik apa yg berlaku smlm, kereta yg ktorg pre-book Hyundai Getz da xde; tp alhamdulilah AVIS gantikn ngn kete baru tp pd rate yg sama..bkn calang2 kete yg ktorg dapat, Mitsubishi Lancer..merasa kete tu, nk beli x mampu..hehe

dari AVIS kami trus ke Murdoch University, tempat saddam & ira belajar..kebetulan diorg ada kelas on dat day..so terpaksa hantar saddam ke Murdoch dulu, sb ktorg nk pinjam kete saddam pegi jenjalan..plan hari ni nk bawa geng2 yg pegi Rottnest Island pegi Belmont Forum..and then pegi Fremantle, bandar pelabuhan yg terkenal dgn fish & chip serta kedai2 yg menjual svnr murah berbanding yg dijual ditempat laen..

nk dijadikan citer, saddam tertinggal assgmnt yg sepatutnyer kna submit on dat day kt rumah..so I’ve no choice kna ke Murdoch lagi sekali hantar assgmnt saddam..supaya masa yg terluang digunakan sepenuhnyer, sebahagian dr kami ke Belmont Forum; aku, farah & umar ke Murdoch hantar assgmnt..then nant ktorg akan trus jumpa kt Fremantle for lunch!!

sementara saddam & ira habis kelas, sempat lagi kami bertiga snap gambar disekeliling Murdoch University; wat kenangan..hehe, perjalanan diteruskan ke Fremantle yg hanya berbaki 10km dari Murdoch University, sb da janji ngn geng satu lagi nk jmpa kt sana..

kami trus ke E-Shed di Fremantle, tempat menjual souvenirs Australia, WA khususnyer..masing2 shopping sakan untuk sahabat handai mahupun family.. selepas selesai membeli belah, keterujaan untuk merasai fish & chip yg di war-war kan kepopularan nyer diteruskn..byk kedai2 yg menyajikan fish & chip di bandar pelabuhan itu, namun Cicerello menjadi pilihan kami..mmg terbaek la fish & chip dia wlpun it cost 12.95 AUD per set!!

pengalaman sembahyang asar + mahgrib ditaman berdekatan Restaurant Cecerolli, mmg tidak dapat dilupakan sampai bila2..kesukaran untuk mendapatkn masjid/surau disekitar Bandar Fremantle memaksa kami menunaikan kewajipan di kawasan lapang yg berdekatan..seolahbangga menunjukkan pd khalyak ramai bahawa Islam itu mudah, tidak kira dimana pun kita berada, tidak menghalang seseorg itu dr menunaikan kewajipan-Nya..

pengisian hari ke-4 diteruskan lagi dgn menikmati keindahan malam di bndar pelabuhan itu, dan kami turut di perkenalkan dgn makanan yg agak popular di kalangan penduduk Australia; iaitu san-Churro..senang cter main celup2 biskut dlm dip yg terdiri drpd 6 jenis perisa yg berbeza [chocolate, caramel, white chocolate & etc]..tp dip berperisa caramel terbaekk!!sememang nyer hiruk pikuk suasana di san-Churro pd mlm itu tidak lagi dipedulikan, bergelak ketawa sesame sendiri, tanpa menghiraukn warga tempatan yg turut singgah disitu..seolah restaurant itu kami yg punya & berada dinegara sendiri..tak sedar diri, walhal tourist jer..haha, LOL =p


day5~

hari terakhir di bumi Perth sblm terbang pulang keesokan paginyer di rancang untuk ke Pinnecles; untuk melihat scenery muka bumi yg berbukit dan batuan yg tersusun seakan arca buatan manusia, ttp semuanya adalah semulajadi ciptaan-Nya..perjalanan yg bakal mengambil masa 3 setengah jam dari Bently, tempat kami menginap; diteruskan tanpa kehadiran saddam & farah..kami hanya ditemani Ira selaku pemandu pelancong bestatus pre-PR..ehee, sorry igwhaa..gurau jek.. =p

ekoran jalan raya di Perth sangat mementingkan penggunanyer mematuhi had laju yg ditetapkn; perangakap had laju di sana sini, menyukarkan kami untuk bergerak pantas..selepas lebih satu jam perjalanan, kami menukar arah tuju kami ke Lencelin, kawasan pesisir pantai & gurun pasir putih; risau tidak sempat untuk ke Harbour Town sekali lagi krn masih ada dikalangan kami yg ingin membeli satu dua barang yg tidak sempat dibeli pd hari pertama kunjungan kami ke sana..perjalanan yg hanya berbaki lebyh kurang satu jam dari tempat kami memutuskan untuk tidak ke Pinnacles diteruskan dgn harapan tempat yg bakal kami tujui menepati apa imiginasi yg dibayangi..

alhamdulilah, pesisir pantai yg indah..menjanjikan tempat perkelahan kami menikmati lunch yg dibawa dri rumah (thanks zeety for the spaghetti) nyaman & tiupan angin sepoi2 bahasa menghempas muka dgn kedinginan cuacanyer..selepas seketika meluangkan masa berkelah di pantai, kami terus menujui desert dimana peminat2 SUV, ATV & motor cross menghabiskan masa terluang mereka..kecantikan desert yg terbentang luas tidak mampu digambarkan..ciptaan yg tiada bandingnyer, seakan berada di negara padang pasir..


namun hanya gmbr menjadi kenangan, sementelah kami gagal mendapatkn kedai2 yg berhampiran yg menjalankan aktiviti sewa menyewa ATV mahupun SUV..kekecewaan seakan terubat dgn beberapa snap gambar kenang-kenangan yg teramat indah untuk dijadikan tatapan.

dari Lencelin, kereta dipecut laju menuju ke Harbour Town..khuatir tidak sempat sampai krn semua kedai akan ttp seawal 5 ptg disini..itu salah satu factor mengapa perjalanan kami seharian seolah dibatasi, ekoran kekangan masa yg sentiasa menghantui kami semua..ttp tidak hairanlah, cuaca diluar pd sebelah malam yg terlampau sejuk mengharuskan masa terluang di habiskan dirumah..

malam terakhir di Perthmenjadi lebyh rancak selepas hana, schoolmate mina (thanks sb sudi provide extra tilam+bantal +selimut); dtg memeriahkan lagi suasana rumah saddam..masa dihabiskan bertarung kad secara suka2, sementara menunggukan semua org bersiap2 untuk kuar makan + melepak buat kali terakhirnyer di Perth..

Rasa Nyonya menjadi pilihan untuk kami had our dinner, kedai yg dimiliki pengusaha cina dari m’sia menjanjikan makanan halal untuk kami pd mlm itu..kemeriahan pd mlm itu meninggalkan seribu satu kenangan, xpuas gelak ketawa disana..penceritaan + perbualan disambung dirumah saddam selepas selesai kami membersihkan + mengisi semula minyak yg dibekalkan dlm kereta sewa kami sblm dipulangkan kembali kpd AVIS..

day6~

gurau senda, usik mengusik, seolah terhenti pabila tibanya saat perpisahan kami semua..satu demi satu meninggalkan kami, hana thanks for d camera yg classic tu; nnt nk tgok gmbar..hehe, ira thanks for everything; pictures, transport, guidance & +++..really really appreciate it..and last but not least, pasangan adik beradik, saddam & farah; you guys mmg murah hati..many many thanks, jasa korang sangat2 aku hargai sampai bila2..thanks for the acco, transportation& everything +++..i can’t even list it out in here..sayu hati sebenarnyer tyme korg sendoff ktorg kat airport mlm tu, rasa belum puas bersua muka, berkongsi cerita sesame..i’allah kt cont when u fly back to m’sia soon..aku sentiasa akan mendoakan yg terbaek tok korg semua..

pendek kata, it was an awesome trip I ever had..thanks a lot again and again to saddam, farah, ira, aimi, hana for your kindness..jasamu akan ku balas setibanya kamu2 semua di m’sia..i’allah =)

p/s: sorry panjang sangat..tetiba semangat pula nk elaborate pepanjang..hehe =p

3 comments:

fairuspeng said...

bestnye. x ajak pun peng g Ausie...
gambar solat paling bermakna..


sebab jadi orang pertama komen...
boleh tak nak ole2 dari Ausie..hehehe

~nazma said...

jadi orang kedua komen pun dpat ole-ole jgk kan asrul? hehe

hmm... bila la dapat jalan2 ke negara orang jugak...

asrulnizam said...

peng & k.azma: i'allah, ada rezeki nnt pegi la jln2 tgok ngara org..best2, observe budaya asing.. =)